Wednesday

Poskad. Tapi Ntah Sampai Ke Tidok.

poskad

Dear love,


It will be a moment to remember if you were here with me.

love & hug,
Darab Dua.


Peh, sedak juga kalu gua betul dapat tulis macam ni. Tapi masalah dia love gua nya entah kemana. Kena cari 1 dulu, baru buleh buat macam ni. heh!


Milford Sound,
Fiorland National Park,
Southland,
New Zealand.
Oktober 2010

Berlari Sendiri

berlari sendiri

Kadang² kita berlari ni tak ada tujuan. Selagi ada nafas selagi itu kita berlari. Bukan untuk kepuasan orang lain, bukan untuk melihat sesiapa tersenyum. Tapi sekadar ingin kepuasan dalam diri selagi kudrat masih utuh.

Peh, lain macam pula bunyi kapsi gambau gua kali ni. Tapi apahal pun gua nak kabor, itu jam memang gua macam 'off belen' juga. Nasib baik kasut yang dikenakan sesuai dengan aktiviti. heh!


Aoraki Mount Cook,
Meckenize,
Cantebury,
New Zealand
Oktober 2010

Rumah Api

Bukan orang saja nak rumah. Api pun nak juga rumah. keh keh keh!Lokasi dia dekat Perth. Tapi bukan yang femes rumah api dekat Cape Leewuin. Bagi yang tak mampu pergi kat situ macam gua nih, lu orang buleh pergi sini. Lokasi secara halusnya ialah dekat pekan Fremantle. Memang tak cuntek macam yang kat Cape Leeuwin tu, tapi buleh la buat hilang kempunan nak pegi yang tu. heh!

negara kangaru
Oktober 2009

Monday

Yang Memang Tak Runcit. Dia Punya Debor, Macam Nak Muntah Keluar Jantung. Peh!

Ini jam gua punya `pis` tu tak berapa nak eklas dah. Body duduk cenderung ke debor saja. Tapi sebab ramai makwe makwe antarabangsa yang tengah memerhati, jadi gua tiada pilihan, kena senyum jugak. Ikut hati memang gua nak menangis. Brader Richard belakang gua tu kemain lagi bersungguh sungguh dia punya 'pis'. Lu tak terjun tak pe la woiii!!


Gua tak buleh nak cerita banyak, tapi perkara perkara macam ni la buat kita kena tulis wasiat dulu sebelum terjun. Cilakak! ini jam gua tak ingat apa dah. tapi tangan mesti 'pis'. keh keh keh!


Kawarau bridge,
Queenstown,
New Zealand.

Sunday

Drebar Drebar Yang Ada Skill Macam Ni Bukan Senang Nak Cari

Walaupun dia negara orang putih, kadang kadang sudut kemajuan ni tak berapa mari sangat. Sampai nak pergi membeli belah pun lu orang kena merentas padang pasir. Peh! lain macam dia punya liku. Silap hari kena libas dengan ribut pasir. Gua tengok banyak juga yang jenis bebal keras hati tak nak naik bas. Pekdah dia, tinggal tulang la. Mati kelaparan mungkin, atau disambar haiwan liar. Membeli belahnya entah kemana. heh!

negara kangaru,
Oktober 2009

Saturday

Malam Yang Dingin Dingin Ais


Malam gelap penuh bintang. Ini betul punya gambau. Gigih juga gua keluar malam malam buta pada suhu 2°c - 3°c. Ntah mende akal gua itu jam. heh!

The Church of the Good Shepher,
Lake Tekapo,
Meckenize,
Canterbury,
New Zealand

Thursday

Angin Petang

kadang kadang angin kat tempat gua tinggal ni lain macam dia punya bertiup kuat lain macam. Silap haribulan gua buleh off belen. heh!